About Digital Mukmin

_DOM2474

 

Nama : Ustaz Azhar Idrus
Lokasi : Kuala Terengganu,Terengganu
Gear : Nikon D3 ,
Lens : Nikkor 85mm f1.4 , 70-200mm f2.8, 35mm f2

Nabi saw bersabda yg artinya : “Sesungguhnya selepasku ini akan adanya para pemimpin yang melakukan kezaliman dan pembohongan. Sesiapa masuk kepada mereka lalu membenarkan pembohongan mereka dan menolong kezaliman mereka maka dia bukan dariku dan aku bukan darinya dan dia tidak akan mendatangi telaga (di syurga). Sesiapa yang tidak membenar pembohongan mereka dan tidak menolong kezaliman mereka, maka dia dari kalanganku dan aku dari kalangannya dan dia akan mendatangi telaga (di syurga). Riwayat Ahmad, al-Nasai, dan al-Tirmidhi.

Renungan 3

Nabi bergurau dgn kanak2.. Daripada Anas bin Malik r.a beliau berkata, “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w selalu bergurau dengan kami sehingga Baginda pernah bersabda kepada adik kecilku, يا أبا عُمَير , ما فعل النغير " Ya Aba Umair , Apa yang dibuat oleh Nughair " Nughair adalah burung kecil yang menyerupai burung merpati. Adik kepada Anas sering bermain dengan burung tersebut. Namun kemudiannya burung itu mati.

Renungan 2

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda di dalam Hadis Qudsi: Allah s.w.t berfirman: "Tidak ada balasan kecuali syurga bagi hambaku yang beriman yang telah Aku ambil kembali kekasihnya (Aku matikan seseorang yang disayanginya seperti anak, adik-beradik dan sesiapa sahaja yang di sayangi oleh seseorang) dari kalangan penghuni dunia dan dia hanya mengharapkan pahala daripadaKu (dengan bersabar). "

Renungan 1

EMAIL US