Tuesday, 19 May 2015

Cara Solat Hajat - Panduan Mudah Melakukan Solat Hajat

Cara Solat sunat Hajat.  Solat Hajat ialah solat yang dilakukan bagi memohon sesuatu hajat atau menolak sesuatu keburukan.



Imam Ahmad telah meriwayatkan dengan sanad yang shahih dari Abu Darda’ bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Sesiapa berwudhuk dan menyempurnakannya, kemudian solat dua raka’at dengan sempurna, nescaya Allah memberikan apa saja yang dimintanya, sama ada cepat ataupun lambat.
Rasulullah SAW bersabda:
Sesiapa yang mempunyai hajat kepada Allah SWT atau kepada seorang manusia, maka hendaklah ia berwuduk dengan sebaik-baiknya kemudian dia bersolat dua raka’at.    (Riwayat At-Tarmizi)

Tujuan melakukan solat sunat hajat :
  • Untuk mendekatkan diri kepada Allah
  • Untuk memohan hajat untuk diri atau orang lain
  • Mendidik jiwa redha dengan ketentuan Allah
  • Mengakui kelemah diri

CARA-CARA SOLAT SUNAT HAJAT 

1. Niat solat sunat hajat ialah seperti berikut :

solat sunat hajat
Maksud: Sahaja aku solat sunat hajat dua rakaat kerana Allah taala

2. Rakaat pertama baca doa iftitah, surah al-fatihah kemudian baca surah Al-kafirun atau Ayat Al-Kursi (sebanyak 1 kali atau 3 kali)

3. Pada rakaat kedua surah al-fatihah kemudian baca surah Al-ikhlas  (sebanyak 1 kali atau 3 kali).

4.  Sebaik sahaja selesai solat , terus sujud sekali lagi dan bacalah tasbih ini sebanyak 41 kali


Tasbih Hajat
"LA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZ ZHOOLIMEEN"

Maksudnya: Tiada Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau! Sesungguhnya daku ini dari golongan orang yang aniaya.

5. Selepas membaca tasbih tersebut, berdoalah untuk memohon hajat (masih dalam keadaan sujud). Mintalah yang baik. Ingat, diakhir permintaan, ucaplah ayat "Ya Allah, sesungguhnya Kau Maha Mengetahui, tunaikanlah permintaan-permintaan ku yang Kau rasa baik untuk ku sesuai dengan kehendak Mu".

HAJAT YANG SESUAI DIPOHON
  • Mendapatkan kebaikan di dunia seperti cemerlang dalam peperiksaan. Keamanan dan dimurahkan rezeki.
  • Mendapat kebaikan di akhirat seperti menjadi orang yang istiqamah dalam ibadah.
  • Menjauhi keburukan dunia seperti kegagalan dalam hidup, penyakit, kemiskinan dan sebagainya.
  • Menjauhi keburukan akhirat seperti perbuatan maksiat, mungkar dan sebagainya.
  • Diberikan kekuatan
  • Dimudahkan jodoh
  • Diberikan kekuatan untuk terus bermotivasi
 Click Like dan Share artikel ini. Tq.